Latihan Cabaran Gemilang Ekelas
23 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2017, satu sesi latihan drama bagi Cabaran Gemilang eKelas Maxis telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10, Putrajaya. Cabaran Gemilang eKelas ini adalah satu konsep lakonan drama dalam bahasa Inggeris yang akan diadili oleh pihak Maxis sebagai salah satu modul dalam pembelajaran eKelas anjuran Maxis. Latihan drama telah dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan dari pihak Maxis bagi berkongsi tips dan skrip yang sesuai dengan tajuk drama pilihan pelajar-pelajar eKelas dari tingkatan 1 hingga 3.
Sesi ini bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 5 petang dan dihadiri oleh seramai 8 pelajar eKelas yang mendaftar bagi cabaran tersebut secara atas talian. Pelajar-pelajar mendapat banyak perkongsian dari sesi tersebut.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan:
Sesi ini dianjurkan oleh pihak Maxis bagi memberi perkongsian untuk cabaran drama yang dipilih oleh pelajar-pelajar untuk dilakonkan pada 5 Ogos 2017 nanti. Cabaran ini dianjurkan oleh pihak Maxis bagi mencungkil bakat-bakat pelajar-pelajar disamping memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar fasih dan yakin bertutur dalam bahasa Inggeris.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Sesi suai kenal dan berkongsi pengalaman oleh petugas-petugas Maxis.
- Pelajar-pelajar dapat berpeluang menimba ilmu berdrama dan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris
- Pelajar-pelajar E-kelas dapat mengajukan soalan dan pertanyaan kepada petugas-petugas Maxis secara langsung.
- Pelajar-pelajar dapat membuat latihan drama sambil dipantau oleh sukarelawan-sukarelawan Maxis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: