Program eMagazine Fasa 3
28 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai hingga 27 Julai 2017, pihak MCMC telah mengadakan bengkel eMagazine di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10, Putrajaya. Bengkel ini merupakan fasa ketiga iaitu fasa terakhir bagi program tersebut. Bengkel eMagazine ini adalah program bagi sekolah-sekolah sekitar Putrajaya dan Cyberjaya bagi mencipta majalah sekolah atas talian. Seorang guru dan pelajar menjadi wakil setiap sekolah yang telah dijemput untuk sama-sama mengikuti bengkel ini.
Seramai 49 peserta yang terdiri dari guru dan palajar sekolah telah menamatkan sesi bengkel eMagazine ini. Tahniah kepada mereka yang telah menghadirkan diri ke program ini.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan
Program ini dianjurkan oleh pihak MCMC bagi memberi pendedahan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah sekitar Putrajaya dan Cyberjaya membuat majalah atas talian bagi sekolah-sekolah mereka. Program ini amat memberi faedah kepada peserta-peserta yang menghadiri nya.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Penganjur bertanya tentang progres majalah atas talian yang telah dibuat oleh pihak sekolah
- Peserta-peserta boleh berkongsi masalah dan perkara yang berkaitan bagi majalah sekolah atas talian
- Peserta-peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman dari program yang dianjurkan oleh pihak MCMC ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: