dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kenduri 1 Wilayah Putrajaya 2018

12 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Februari 2018 baru-baru ini, Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya turut dijemput untuk turut sama menyertai acara tahunan yang diadakan di Putrajaya ini. Pusat Internet 1 Malaysia telah mengambil peluang ini untuk membuka booth bagi mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik kepada pengunjung-pengunjung booth. Program ini bermula seawal 7.00 pagi dan berakhir pada 4.00 petang dan dihadiri oleh 612 pengunjung dan diberi maklumat tentang eWaste, KDB, ICT dan menyertai kuiz dan permainan yang disediakan serta mengambil peluang untuk menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya.

Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri program yang dianjurkan
Program ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapat lebih maklumat berkaitan eWaste, KDB, ICT dan perkhidmatan serta kemudahan yang ditawarkan di Pusat Internet 1 Malaysia.

Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Petugas-petugas Pusat Internet 1 Malaysia memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang ada di booth serta kemudahan-kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya.
- Pengunjung-pengunjung boleh menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya dan mendapat banyak faedah-faedah dalam latihan dan berbagai-bagai kemudahan.
- Pengunjung-pengunjung turut sama menyertai kuiz KDB dan permainan kahoot.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.