dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Asas Komputer (Microsoft Word) & KDB

21 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2018, telah diadakan latihan asas komputer (Microsoft word) bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10 Pusat. Sepanjang latihan diadakan mulai dari 3.00 hingga 5.00 petang, peserta-peserta mendapat banyak faedah dari latihan tersebut.

Seramai 10 pelajar telah menyertai latihan asas komputer ini. Mereka juga didedahkan dengan KDB bagi mendidik cara penggunaan internet yang lebih bijak.

Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri program yang dianjurkan:

Program ini membolehkan peserta mempelajari cara menggunakan Microsoft Word dan ini sekaligus dapat menambah ilmu pengetahuan dan dapat meningkatkan kemahiran mengggunakan komputer.

Peserta program turut didedahkan dengan cara penggunaan internet secara lebih bijak.

Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Petugas Pusat Internet 1 Malaysia memberi latihan asas Microsoft word kepada peserta-peserta.
- Peserta-peserta diberi pendedahan tentang cara menggunakan kemudahan internet secara lebih bijak.
- Peserta-peserta turut membuat aktiviti latihan bagi mendapatkan lebih pemahaman dalam sesi pembelajaran tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.