dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Smart Tourism Apps (mycribbooking.com) Workshop – Putrajaya Smart Community

23 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2018, Pihak MCMC telah mengadakan program Smart Tourism App Workshop di Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Seramai 29 peserta dari agensi kerajaan, orang awam dan pengusaha-pengusaha produk/perkhidmatan telah mengikuti program ini bermula dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan menimba banyak pengetahuan dan cara-cara untuk mempromosikan produk-produk mereka di aplikasi mycribbooking.com. Program ini adalah bagi menggalakkan pengusaha dan peniaga mempromosi produk/perkhidmatan mereka dengan lebih mudah dan berkesan.

Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri program yang dianjurkan

Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan perniagaan mereka secara atas talian dan mendapat maklum balas tempahan dari pelanggan secara berkesan. Peserta dapat menambah pengetahuan dalam mempromosi produk dan perkhidmatan perniagaan mereka kepada pembeli dan juga pelancong sekaligus menggalakkan industri pelancongan negara.

Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan

  • Peserta diberi peluang mendaftar perniagaan mereka menggunakan aplikasi tersebut bagi tujuan pelancongan dan lain-lain.
  • Peserta-peserta perlu memuat-turun aplikasi tersebut supaya dapat digunakan bagi tujuan promosi produk/perkhidmatan perniagaan mereka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.