Program Karnival Sukan Komuniti 18R13
22 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2018 (Ahad) Pusat Internet Presint 9 Fasa 10 telah menyertai Program Karnival Sukan Komuniti 18R13 yang diadakan bermula pukul 7.00 pagi sehingga 1.00 petang. Pusat Internet Putrajaya telah membuka booth pameran dan mengadakan beberapa aktiviti untuk peserta yang hadir. Antara aktiviti yang diadakan di booth PI Putrajaya adalah pendaftaran ahli, pendaftaran portal ekelas, advokasi – Check Your Label, Mobile ewaste, dan Kuiz KDB
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk :
- Mempromosi pusat internet kepada komuniti sekitar dan meningkatkan keahlian pengguna PI
- Mempromosi program ekelas kepada pelajar dan ibu bapa
- Memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti mengenai program Mobile eWaste dan Check Your Label dan Klik Dengan Bijak (KDB)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: