Program eKelas Live Tutorial
4 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 2 dan 3 Ogos 2019 (Jumaat dan Sabtu) Pusat Internet Presint 9 Fasa 10 telah menawarkan kelas tuisyen eKelas bagi 3 subjek kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi pelajar darjah 6 dan pelajar tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Maxis ekelas adalah inisiatif pembelajaran selepas sesi persekolahan yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar. Pada setiap minggu peserta diminta untuk menjalankan tugasan dan menyiapkan beberapa projek seterusnya memuat naik hasil kerja tersebut di portal masing- masing. Pada sesi ini bagi peserta Tahun 6 dan Tingkatan 3 mereka dikehendaki untuk menjawab soalan penilaian
Tujuan aktiviti :
- Pelajar dapat menggunakan masa terluang dengan menyertai kelas tuisyen ini
- Pelajar dapat belajar menggunakan teknologi terkini untuk berhubung dengan guru dan pelajar dari negeri yang berbeza
- Sukatan pelajaran yang berasaskan skop terkini dapat membantu pelajar untuk lebih memahami subjek tersebut
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: