Perkongsian Maklumat di FB Page
25 November 2020 | Aktiviti TerkiniPerkongsian maklumat ini dilaksanakan melalui medium media sosial facebook pada setiap hari merangkumi pelbagai maklumat seperti status terkini Covid-19, peringatan untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan norma baharu dalam membendung penularan Covid-19. Selain itu hebahan mengenai SOP terbaru untuk memastikan masyarakat mendapat informasi terkini.
Hebahan mengenai youtube live bagi program maxis ekelas dan jadual program TV pendidikan dapat membantu pelajar untuk belajar, membuat ulangkaji semasa di rumah dan mereka dapat menggunakan masa dengan lebih baik dan berfaedah.
Hebahan mengenai kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong yang mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat juga dimuat naik pada setiap hari untuk meningkatkan kesedaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: