Program ICT dan Advokasi_Pelajar Giat Mara Putrajaya Sesi 01/2020
11 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2020 (Jumaat) Pusat Internet Putrajaya (Pusat Internet Presint 9 Fasa 3, Pusat Internet Presint 9 Fasa 10, Pusat Internet Presint 16 dan Pusat Internet Presint 18) telah mengadakan program bersama pelajar baru Giat Mara Putrajaya sesi Januari 2020 bertempat di Giat Mara Putrajaya, Presint 15. Program ini bermula pada 3.00 petang sehingga 5.00 petang dan melibatkan seramai 11 orang pelajar dan 2 orang guru. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah taklimat penerangan mengenai pusat internet, taklimat advokasi mengenai pengurusan risiko dalam talian dan taklimat modul keusahawan yang akan dijalankan pada setiap bulan bersama mereka. Dihujung sesi juga diadakan pertandingan kuiz kahoot untuk para pelajar.
Tujuan aktiviti :
- Salah satu aktiviti untuk memperkenal dan mempromosi pusat internet kepada pelajar baru Giat Mara Putrajaya
- Memberi pendedahan mengenai ICT, advokasi dan keusahawanan kepada pelajar
- Kuiz online diadakan untuk menguji pemahaman pelajar setelah sesi taklimat berakhir
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: