Latihan ICT – Microsoft Word (Modul 5)
10 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 09 Mei 2021 (Ahad) telah berlangsung kelas Latihan ICT mingguan yang diadakan selama 2 jam bermula pada 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Kelas ini yang dihadiri oleh 4 orang pelajar lelaki. Pada sesi pembelajaran kali ini pelajar mempelajari cara mereka atau membina kalendar peribadi menggunakan Microsoft Word (Modul 5). Sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung pelajar diminta untuk mengamalkan SOP yang ditetapkan dan dihujung sesi diadakan kuiz online yang bertemakan bulan Ramadhan .
Tujuan aktiviti :
- Pelajar dapat menguruskan aktiviti harian dengan lebih baik dengan menghasilkan kalendar peribadi dan menjadikannya sebagai rujukan
- Dapat menambah kemahiran pelajar, meningkatkan pengetahuan dan menguji pemahaman mereka terdapat sesuatu topik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: