Latihan Asas Keusahawanan bersama Giatmara Putrajaya (Modul 3)
10 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 09 April 2021, Jumaat - Pusat Internet Putrajaya yang terdiri daripada 4 buah pusat internet telah membuat kerjasama dengan Giat Mara Putrajaya untuk memberikan latihan keusahawan kepada pelajar baru sesi 2021. Pada minggu ini pelajar berpeluang mempelajari cara menguasai teknik mengambil gambar dengan betul, penggunaan teknik flat lay. Kaedah ‘flat lay’ merupakan salah satu kaedah terkini dengan hanya meletakkan barang-barang sedia ada pada tapak rata untuk mengambil gambar dari arah atas. Peserta juga diberikan peluang merasai mengambil gambar menggunakan mini studio. Sepanjang proses pembelajaran peserta diminta untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
Tujuan aktiviti :
- Peserta dapat mempelajari teknik mengambil dengan lebih baik dan dapat membuatkan gambar produk seperti diambil secara professional
- Dapat meningkatkan dan membantu peserta untuk menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu gambar yang dapat menarik perhatian pelanggan
- Penghasilan dan penggunaan gambar yang cantik dan posisi shoot yang bersesuaian dapat menaikkan seri sesuatu produk
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: