Kursus Asas Fotografi - Smartphone
10 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 09 Julai 2021, (Jumaat), Petugas PIK Presint 9 Fasa 10 telah mengikuti kursus secara atas talian bertajuk Kursus Asas Fotografi. Kursus ini dihadiri oleh semua petugas Pusat Internet Komuniti Putrajaya (Presint 9 Fasa 10, Presint 9 Fasa 3, Presint 16, Presint 18) dan Linggi melibatkan 8 orang petugas.
Kursus ini berlangsung selama 8 Jam bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Yes Academy iaitu En. Ariffudin Bin Othman. Melalui kursus ini petugas didedahkan kepada kepada beberapa modul seperti pengenalan kepada jenis-jenis fotografi, asas-asas fotografi dan juga asas-asas sebelum mengambil gambar dan juga cara menyunting gambar menggunakan aplikasi snapseed.
Petugas diberikan tugasan untuk mengambil gambar dan menyunting gambar menggunakan applikasi snapseed dengan menggunakan smartphone. Setiap petugas diminta untuk membentangkan hasil kerja diakhir sesi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: