Program “Speak Like A Champ”
14 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2021, telah berlangsung sebuah program secara atas talian iaitu Program Speak Like A Champ dan program ini bermula pada 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Seramai 4 orang peserta yang hadir untuk menyertai program ini yang dianjurkan oleh Young Thoughts In Association dan Terengganu Inc. Program ini menyediakan dua modul pembelajaran secara percuma iaitu Modul 1 : Kemahiran Berkomunikasi dan Modul 2 : Youtube. Peserta yang terlibat diminta untuk mengamalkan SOP yang ditetapkan dan petugas memberikan bantuan yang diperlukan oleh peserta .
Tujuan aktiviti :
- Membantu peserta terutama golongan remaja untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan lebih yakin dan baik
- Memberi pendedahan kepada penggunaan youtube yang menjadi trend terkini dan sekaligus dapat memberi manfaat kepda mereka
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: