dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program ICT dan Advokasi Pelajar Giat Mara Putrajaya Sesi 01/2021

20 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mac 2021 (Jumaat) Pusat Internet Putrajaya (Pusat Internet Presint Komuniti 9 Fasa 3, Pusat Internet Komuniti Presint 9 Fasa 10, Pusat Internet Komuniti Presint 16 dan Pusat Internet Komuniti Presint 18) telah mengadakan program bersama pelajar baru Giat Mara Putrajaya sesi kemasukan 01/2021 bertempat di Pusat Internet Komuniti Presint 16, Putrajaya bermula pada 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan melibatkan seramai 19 orang pelajar dan seorang guru. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah taklimat penerangan mengenai pusat internet, taklimat advokasi mengenai pengurusan risiko dalam talian dan taklimat modul keusahawan yang akan dijalankan pada setiap bulan bersama mereka. Dihujung sesi juga diadakan pertandingan kuiz kahoot untuk para pelajar.

Tujuan aktiviti :

  • Salah satu aktiviti untuk memperkenal dan mempromosi pusat internet kepada pelajar baru Giat Mara Putrajaya
  • Memberi pendedahan mengenai ICT, advokasi dan keusahawanan kepada pelajar
  • Kuiz online diadakan untuk menguji pemahaman pelajar setelah sesi taklimat berakhir

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.