Program CSR Sumbangan Ramadhan Bersama Giatmara Putrajaya
3 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 02 April 2021, Pusat Internet Komuniti Putrajaya telah berkolobrasi bersama Giatmara Putrajaya dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Presint 16 bagi menjayakan program sumbangan Ramadhan kepada asnaf dan pihak AIM Presint 16, Putrajaya. Majlis bermula pada pukul 3 petang dengan ketibaan wakil AIM, Pn Suhan dan wakil Giatmara Putrajaya, Pn Rahimah, Pengurus Giatmara Putrajaya, serta 15 penerima sumbangan. Sumbangan yang diberi dari pihak Pusat Internet Komuniti Putrajaya dan Giatmara Putrajaya
Majlis ini dimulai dengan ucapan kata aluan dari wakil pusat internet dan penerangan ringkas mengenai kempen kesedaran keselamatan internet dan Program Vasinasi Kebangsaan yang disampaikan oleh Roslaini. Majlis seterusnya diserahkan kepada Pn Rahimah dalam memberi penerangan berkenaan kursus jangka pendek yang disediakan pihak Giatmara dalam membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat amnya dan khususnya kepada penduduk Putrajaya yang berminat untuk mengikuti program ini di Giatmara Putrajaya
Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP), hanya 15 penerima sumbangan untuk program kali ini. Pihak PIK juga berharap program seperti ini dapat diteruskan bersama pihak Giatmara Putrajaya dan pihak AIM. Seterusnya penyampaian sumbangan seperti beras, tepung, gula oleh Pn. Rahimah dan pihak PIK Putrajaya. Majlis berakhir pada pukul 5:30 petang dengan kehadiran dari 20 orang termasuk wakil PIK Putrajaya yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: