Latihan ICT – Microsoft Word (Modul 4)
3 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 02 Mei 2021 (Ahad) telah berlangsung kelas Latihan ICT mingguan yang diadakan bermula pada 2.30 petang sehingga 4.30 petang yang dihadiri oleh 3 orang pelajar lelaki. Pada sesi kali ini diteruskan pembelajaran bagi Microsoft Word (Modul 4) dimana pelajar mempelajari cara menghasilkan surat rasmi yang diperlukan untuk tujuan-tujuan rasmi dengan format yang betul. Pelajar diminta membuat surat rasmi merentas negeri sebagai latihan. Sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung pelajar diminta untuk mengamalkan SOP yang ditetapkan dan dihujung sesi diadakan kuiz online kahoot yang bertemakan subjek Bahasa Melayu .
Tujuan aktiviti :
- Pelajar mempelajari cara menghasilkan surat rasmi untuk pelbagai tujuan formal yang digunakan sebagai medium untuk menyampaikan hasrat dan isu yang harus diselesaikan atau pertanyaan mahupun permintaan
- Untuk menambah kemahiran pelajar dan ianya dapat digunakan untuk membantu ibubapa, rakan serta keluarga yang kurang mahir menggunakannya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: