Latihan ICT – Microsoft Word (Modul 2)
5 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 04 April 2021 (Ahad) telah berlangsung kelas Latihan ICT mingguan yang diadakan bermula pada 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Seramai 3 orang pelajar terlibat dalam pada sesi kali ini. Sesi pembelajaran ini diteruskan dengan modul 2 dimana peserta mempelajari cara membina table untuk memudahkan penyusunan data dan mempelajari cara menghasilkan chart berdasarkan data yang diberikan. Sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung pelajar diminta untuk mengamalkan SOP yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup masa dan penjarakan sosial. Dihujung sesi diadakan kuiz online kahoot untuk menguji pemahaman pelajar mengenai topik pembelajaran .
Tujuan aktiviti :
- Pelajar dapat mempelajari, menerokai dan menguasai applikasi Microsoft Word yang mempunyai pelbagai fungsi sekaligus dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan daya imaginasi pelajar
- Pelajar dapat meningkatkan kemahiran dengan membuat latihan selepas sesi pembelajaran dan membolehkan para pelajar melakukan tugasan dengan mudah, secara tersusun kerana penulisan menggunakan Microsoft Word ini lebih sistematik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: