dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pelancaran Misi Jelajah Digital

5 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 04 September 2021 (Sabtu), telah berlangsung satu program Maxis eKelas iaitu Pelancaran Secara LIVE Misi Jelajah Digital pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tenghari. Misi Jelajah Digital merupakan sebuah pertandingan penjelajahan atas talian yang dianjurkan oleh Maxis eKelas dan terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berdaftar di portal eKelas. Peserta hanya mendaftar masuk di portal Maxis eKelas, mengikuti kesemua modul untuk belajar cara dan tip menyelesaikan tugasan, pilih dan laksanakan tajuk serta tugas yang diberikan dalam pilihan - Misi Bumi dan Misi Marikh

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan untuk para pemenang seperti komputer riba, fon kepala, telefon pintar, Kit LEGO, Kad HADIAH Google Play dan pelbagai barangan premium eKelas. Selain itu, semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat sijil penyertaan dari eKelas dan boleh mengumpul markah PAJSK di sekolah masing – masing untuk penyertaan peringkat Kebangsaan. Bagi para pemenang, mereka juga mendapat markah tambahan pencapaian di peringkat Kebangsaan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.