Taklimat KPI Staf PEDi dan Rakan Digital (RD) 2022
12 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2022, Jumaat - Pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu Sprintz Designs Sdn. Bhd telah mengadakan taklimat KPI Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan juga KPI Rakan Digital (RD) untuk staf (PEDI) dibawah kelolaan Sprintz Designs. Taklimat telah dihadiri oleh staf pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Ekonomi Digital (PEDI) dibawah kelolaan Sprintz Designs yang dijalankan secara atas talian
Taklimat ini telah diadakan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 12.30 petang. Pengisian taklimat merangkumi KPI yang baru disediakan MCMC untuk staf PEDi dan juga Rakan Digital. Sebelum taklimat berakhir, staf diberi peluang untuk berkongsi masalah, menyuarakan pendapat, bertanyakan soalan diruangan chat dan secara live. Taklimat dipengerusi oleh Puan Maznah, Penyelaras PEDi Sprintz Designs
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: