Empowering Your Communication, Networking and Presentation Training - Part 1
14 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2022, telah berlangsung kursus secara atas talian bertajuk Empowering Your Communication, Networking and Presentation Training untuk staf Pusat Ekonomi Digital (PEDI) daripada Putrajaya dan Linggi dan dihadiri oleh 9 orang staf terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Cantiynia Ringos dari Redtone Sdn. Bhd
Objektif kursus:
1. Membolehkan peserta berkomunikasi dengan penuh impak
2. Mengaplikasikan strategi dalam rangkaian yang bermatlamat
3. Bertukar idea dan informasi bersama individu dan berkumpulan untuk kebaikan bersama.
4. Menghasilkan pembentangan dengan impak yang maksimum
5. Menyampaikan pembentangan yang memberi impak yang tinggi yang menepati objektif dan membawa hasil
Semasa sesi kursus berlangsung staf-staf PEDi melakukan aktiviti ujian Memahami Personaliti dan kursus ini telah diadakan sebanyak dua sesi sehari, sesi pertama bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan sesi kedua 2:00 sehingga 4:00 petang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: