Empowering Your Communication, Networking and Presentation Training – Part 2
15 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2022, telah berlangsung sesi kedua kursus secara atas talian bertajuk Empowering Your Communication, Networking and Presentation Training untuk staf Pusat Ekonomi Digital (PEDI) daripada Putrajaya dan Linggi dan dihadiri oleh 9 orang staf terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Cantiynia Ringos dari Redtone Sdn. Bhd
Hari kedua kursus berlangsung, Puan Cantiynia memberi penerangan mengenai topik Networking skills dan diadakan satu aktiviti dimana staf-staf PEDi diberi tugasan untuk menyediakan pembentangan dan membentangkan hasil kerja dalam masa yang diberi sekurang-kurangnya 20 minit mengikut syarat-syarat yang diberi oleh jurulatih kursus. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat cara penyampaian maklumat dan komunikasi peserta. Kursus ini telah berlangsung secara dua sesi sehari, sesi pertama bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan sesi kedua 2:00 sehingga 4:30 petang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: