Mesyuarat Bulanan Pusat Ekonomi Digital (PEDi Putrajaya)
15 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2022 (Jumaat), petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bulanan untuk membincangkan aktiviti kolabarasi dan program untuk komuniti yang akan diadakan pada bulan Januari 2022. Mesyuarat ini dihadiri oleh petugas PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 16, PEDi Presint 18 dan juga Rakan Digital PEDi Presint 16, Rakan Digital PEDi Presint 18
Antara perkara yang dibincangkan, latihan keusahawanan dan ICT bersama Giatmara Putrajaya, modul-modul yang akan digunakan serta penglibatan Rakan Digital dalam latihan untuk sesi 2022. Seterusnya membincangkan program yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Mesyuarat ini diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan berlangsung selama dua jam dari 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: