dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program School Break

17 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2022 (Ahad) – PEDi Presint 9 Fasa 10 telah menyertai Program School Break untuk komuniti bersempena cuti persekolahan penggal kedua. Program ini telah dijalankan di PEDi Presint 9 fasa 3 dengan kerjasama dan bantuan petugas dari PEDi Putrajaya.

Beberapa akvititi diadakan seperti Taklimat Klik Dengan Bijak, Pertandingan ICT seperti Pertandingan Mewarna Digital, Quick Draw dan Word Search Online. Kedua-dua permainan ini dijalankan secara atas talian dimana untuk pertandingan Quick Draw peserta perlu melukis gambar mengikut perkataan yang tertera di skrin komputer manakala untuk pertandingan Word Search Online peserta perlu mencari perkataan tersembunyi.

Peserta juga berpeluang untuk menyertai pertandingan Mencipta Poster Digital bertemakan Malaysia. Menariknya peserta perlu menggunakan tablet yang disediakan serta perlu menggunakan Applikasi Canva untuk menghasilkan poster tersebut. Program diakhiri dengan sesi bergambar dan sesi penyampaian hadiah untuk Pertandingan Mewarna Digital dan Pertandingan Mencipta Poster Digital. Semua peserta pulang dengan goodies sebagai kenang-kenangan kerana menyertai program ini .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.