Latihan Pemantapan ICT - Multimedia
20 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Jun 2022 (Ahad), telah berlangsung kelas pemantapan ICT yang disertai oleh 4 orang peserta yang juga merupakan ahli PEDi Presint 9 Fasa 10. Kelas ini diadakan selama dua jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang dimana peserta berpeluang mempelajari sesuatu yang baru untuk meningkatkan kemahiran diri. Pada sesi kali ini peserta diminta menghasilkan kad ucapan digital menggunakan applikasi Canva sempena Hari Bapa 2022 dan petugas menetapkan ciri-ciri yang di perlukan seperti gambar, tulisan, dekorasi kad dan sebagainya. Pada sesi seteruskan peserta berpeluang mempelajari cara menghasilkan kuiz secara online menggunakan applikasi kahoot dan menguji hasil rekaan kuiz tersebut bersama rakan-rakan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: