Keusahawanan – Membuat Profil Syarikat
18 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2022, Pusat Digital Ekonomi Keluarga (PEDi) Presint 9 Fasa 10 telah memberikan penerangan dan panduan ringkas kepada seorang peserta keusahawanan cara membuat profil syarikat secara ringkas bagi persediaan peserta untuk memohon tapak berniaga di sekitar Putrajaya. Peserta tersebut turut menggunakan kemudahan di PEDi Presint 9 Fasa 10 bagi melengkapi dokumen-dokumen yang diperlukan. Peserta yang hadir diminta untuk mengikuti SOP yang ditetapkan dan petugas memberikan bantuan dan bimbingan sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung.
Tujuan aktiviti :
- PEDi menyediakan kemudahan untuk membantu peserta bagi mempelajari dan menambah pengetahuan keusahawanan
- Peserta dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi bagi urusan keusahawanan dan perniagaan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: