Latihan Asas Microsoft Word
21 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2022 (Ahad), dua orang pelajar sekolah menengah telah hadir ke PEDi Presint 9 Fasa 10 untuk mempelajari Microsoft Word dan sesi ini bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Petugas memberi tunjuk ajar dan menyediakan latihan untuk memastikan mereka memahami dan pandai menggunakannya .
Melalui latihan seperti ini pelajar didedahkan kepada penggunaan Microsoft Word sekaligus memudahkan mereka menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Pembelajaran berlangsung mengikut SOP yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: