Majlis Penyerahan Peranti Tablet
17 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 Ogos 2022 (Selasa) telah berlangsung Majlis Penyerahan Peranti Tablet oleh MCMC Pejabat Wilayah Persekutuan (WPSO) kepada PEDi Presint 9 Fasa 10 dan PEDi telah menerima 15 unit peranti tablet baharu lengkap beserta dengan aksesori. Petugas PEDi Presint 9 Fasa 10 telah diberi tunjuk ajar cara penggunaan dan taklimat mengenai Garis Panduan Penggunaan Peranti Tablet di PEDi
Majlis ini telah dihadiri oleh wakil dari pihak MCMC Pejabat Wilayah Persekutuan (WPSO) iaitu Mr Katirawaan Rajadran yang merupakan Timbalan Pengarah MCMC WPSO dan Puan Juliana Irni, Penolong Pengarah MCMC WPSO. Selain itu, wakil dari pihak penyedia perkhidmatan iaitu Maxis telah diwakili oleh Puan Siti Faziyah dan wakil dari pihak pengurusan PEDi iaitu Sprintz Designs telah diwakili oleh Puan Maznah Ibrahim
Penggunaan Peranti Tablet di PEDi ini adalah merupakan salah satu inisiatif daripada MCMC bagi memberi kemudahan kepada pengguna yang menjadi ahli PEDi untuk mengakses perkhidmatan jalur lebar menggunakan peranti tablet yang disediakan di PEDi. Selain itu, penggunaan peranti tablet ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pengguna di PEDi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: