dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Malaysia ICT Volunteer (MIV) 2022

23 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2022 (Sabtu) telah berlangsung Program Malaysia ICT Volunteer Peringkat Wilayah Persekutuan, yang berlangsung selama 1 hari yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Program ini merupakan program kesukarelawan yang dicetuskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan MIV Bersama Komuniti adalah satu program sukarelawan ICT yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi di kalangan masyarakat setempat agar ICT dapat dimanfaatkan pada tahap optimum. Sukarelawan akan berkongsi pengetahuan dan menggalakkan penggunaan ICT yang positif di kalangan masyarakat. Setiap sukarelawan MIV perlu melengkapkan aktiviti dan tugasan MIV selama 3 bulan dan akan menerima insentif berupa elaun internet dan sijil .

Program dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Encik Alyas Roy Haji Amir, Pengarah Negeri, Wilayah Persekutuan (WPSO) SKMM. Diteruskan dengan sesi 1 pengenalan kepada MIV, Inisiatif SKMM & Tugasan Sukarelawan oleh Puan Siti Farahdina Basheer dari Jabatan Program Komuniti, SKMm. Sesi kedua sesi perkongsian produk & perkhidmatan POS Malaysia oleh Encik Mustaffa Khamal bin Mohd Zainun, Ketua Pembangunan Perniagaan POS Malaysia. Sesi ketiga Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan oleh Encik Mohd Sufii bin Saad dari Skoodeng Studio. Sebelah petang, sesi 4 E-Bayaran oleh Puan Yatie Raheda Binti Abdul Rahman wakil dari Paynet yang banyak menerangkan kemudahan yang disediakan seperti program DuitKnow yang banyak membantu usahawan dalam perniagaan di musim pandemic. Sesi 5, Pemasaran Menggunakan Media Sosial oleh Puan Yuslina Yusoff Pensyarah Pemasaran UNISEL. Dan bersambung ke sebelah malam, Sesi 6: Kemahiran Insaniah: Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi Usahawan oleh Encik Mohd Zakri bin Rihan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.