Canva II – Video
24 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2022 (Ahad), PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas ICT untuk para peserta yang diadakan selama 2 jam. Pada sesi kali ini peserta berpeluang mempelajari cara menghasilkan video menggunakan applikasi canva. Peserta didedahkan cara menggunakan applikasi ini untuk memudahkan mereka mencipta video yang menarik dengan mudah dan pantas
Petugas memberi tunjuk ajar, langkah demi langkah hingga peserta berjaya menghasilkan video dan peserta yang berjaya menghasilkan video yang menarik hati petugas diberikan hadiah. Pada akhir sesi, petugas mengadakan pertandingan kuiz kahoot bertajuk Literiasi Komputer yang merangkumi soalan berkaitan komponen komputer dan pengetahuan mengenai dunia internet
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: