Modul 2 - Latihan Asas Keusahawanan dan Pemasaran
26 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya telah memulakan modul kedua untuk para pelajar baru sesi 1 /2022 Giatmara Putrajaya. Modul Latihan Asas Keusahawanan dan Pemasaran di kendalikan oleh Pn Haryati, Pengurus PEDi Presint 18 dan Pn. Noranis, Penolong Pengurus PEDi Presint 18, Pada modul kali ini, petugas PEDi Presint 18 mengendalikan sesi pembelajaran dan berkongsi maklumat mengenai asas-asas keusahawanan dan pemasaran
Modul 2 merangkumi lima subtopik yang menjadi keutamaan seperti:
1. Pengenalan kepada asas-asas keusahawanan
2. Tips untuk memulakan perniagaan
3. Pengenalan kepada perniagaan atas talian
4. Pengenalan kepada proses pengeposan produk
5. Resume menggunakan applikasi ‘Canva’
Modul tambahan di kendalikan oleh Pn. Noranis, Penolong Pengurus PEDi Presint 18. Cara-cara membuat resume menggunakan applikasi ‘Canva’. Seterusnya, diadakan sesi soal jawab dimana peserta dapat bertanya secara langsung atau diruangan chat
Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP), pelajar Giatmara mengikuti kelas secara atas talian menggunakan platform GoogleMeet. Sesi bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari seramai 15 orang pelajar dan seorang guru Giatmara juga turut menyertai kelas ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: