Latihan Asas Microsoft Excel
26 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mei 2022 (Rabu), PEDi Presint 9 Fasa 10 telah dikunjungi oleh seorang pelajar sekolah menengah iaitu adik Amirul Hazim untuk mempelajari Microsoft Excel dan sesi ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Petugas memberi tunjuk ajar dan menyediakan latihan untuk memastikan pelajar ini lebih memahami penggunaan Microsoft Excel tersebut
Melalui latihan seperti ini pelajar didedahkan kepada penggunaan Microsoft Excel sekaligus memudahkan mereka menyiapkan tugasan sekolah dan lain-lain tugasan yang diberikan oleh guru serta keperluan harian lain dalam penyimpanan data. Pembelajaran berlangsung mengikut SOP yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: