Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 12/2022 – Peranan Ibu Bapa di Era Digital
25 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 05 Julai 2022, telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 12/2022 yang menekankan isu mengenai Peranan Ibu Bapa di Era Digital. Program ini telah diadakan secara atas talian menggunakan platform zoom dan peserta dapat mengikuti sesi perkongsian ini di facebook rasmi Klik Dengan Bijak. Moderator bagi sesi kali ini, Ts Md Tahir Musa yang juga merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti MCMC manakala panel jemputan Normariza Abdul Manan, Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Negeri Melaka.
Panel mengupas pelbagai topik seperti sexting, grooming, pengawasan dalam talian dan juga berkongsi tips pencegahan serta menasihati supaya ibu bapa sentiasa memantau kandungan gajet yang dilayari oleh anak-anak mereka. Peranan ibu bapa sangat penting dalam melahirkan warga digital yang hebat. Dihujung sesi diadakan kuiz myCyberGenuis untuk menguji pemahaman dan ketangkasan peserta menjawab soalan. Seramai 141 orang peserta mengikuti program bicara ini melibatkan petugas PEDi dan komuniti yang berlangsung selama 1 jam bermula 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: