Pembelajaran Atas Talian – Microsoft Team/Google Meet/Google Classroom
27 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniSesi persekolahan telah bermula dan sebahagian pelajar masih meneruskan sesi pembelajaran atas talian, Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Beberapa orang pelajar hadir ke PEDi Presint 9 Fasa 10 untuk menggunakan kemudahan komputer dan internet bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lancar
Pelajar menggunakan applikasi Microsoft Team, Google Meet dan Google Classroom mengikut subjek, link diberikan kepada mereka melalui whatapss serta telegram. Petugas membantu pelajar mendaftar masuk kehadiran dan mengikuti sesi pembelajaran di link yang diberikan oleh guru mereka, Petugas juga bersedia memberikan bantuan kepada pelajar sepanjang sesi berlangsung dan pelajar diminta untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka sepanjang berada di PEDi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: