Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE)
28 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2022 (Khamis), telah berlangsung peperiksaan khas iaitu Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) yang dihadiri oleh 5 orang peserta. Peperiksaan ini diadakan bermula pada pukul 1.30 petang sehingga 4.30 petang dan dikawalselia oleh seorang pegawai daripada Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC)
Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) ini adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur. MCMC merupakan salah sebuah badan yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan mengendalikan Stesen Radio Amatur dan mempunyai autoriti mengeluarkan lesen bagi mereka yang telah lulus menduduki ujian Peperiksaan Radio Amatur
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: