Aktiviti I – Education Games
7 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 06 Februari 2022 (Ahad), telah berlangsung kelas latihan ICT untuk pelajar bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan penguasaan dalam penggunaan internet. Kelas ini diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang dan pada sesi disertai oleh 4 orang pelajar yang juga merupakan ahli PEDi Presint 9 Fasa 10
Pada sesi pembelajaran pada kali ini peserta diminta untuk membuat latihan menaip secara atas talian,TypingTest.com dan menariknya pelajar perlu melengkapkan modul mengikut fasa iaitu Easy Test, Medium Test, Hard Test, Benchmark dan Certificate. Seterusnya petugas memberikan tugasan untuk mencari perkataan tersembunyi secara atas talian iaitu, thewordsearch.com untuk menguji ketangkasan minda serta ketajaman mata. Peserta juga berikan tunjuk ajar untuk membina word search secara individual menggunakan word search maker dan berkongsi hasil kerja mereka bersama rakan yang lain
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: