Latihan Pemantapan ICT – Logo
1 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 31 Julai 2022 (Ahad), telah berlangsung kelas pembelajaran ICT dimana pada sesi kali ini peserta mempelajari cara mereka logo menggunakan applikasi canva. Pada awal sesi, petugas berkongsi contoh beberapa jenis logo melalui tayangan di skrin utama dan seterusnya memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan logo dengan mudah. Peserta diberi masa untuk menghasilkan beberapa jenis logo yang menarik dan menunjukkan hasil rekaan kepada petugas dan rakan yang lain.
Pada sesi kedua, diadakan permainan pembelajaran - kuiz kahoot bertemakan subjek bahasa melayu dan petugas memilih topik ayat majmuk, penjodoh bilangan dan simpulan bahasa untuk menguji pengetahuan peserta. Kelas ini diadakan selama dua jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang melibatkan 3 orang peserta lelaki dan setiap peserta diminta untuk menjaga penjarakan sosial
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: