Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS – Siri 8
19 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 18 Ogos 2023 (Jumaat) – PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10 telah bekerjasama dengan Tabika KEMAS untuk meneruskan Kelas Asas Komputer Bersama Pelajar Tabika KEMAS bagi siri ke 8 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3. Kelas ini berlangsung selama satu jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Seramai 22 orang pelajar daripada Kaktus 1 dan 4 yang terdiri daripada 15 orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki
Seperti biasa petugas PEDi, memulakan kelas pembelajaran dengan memberi penerangan ringkas mengenai bahagian-bahagian komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus. Pada latihan kali ini, setiap pelajar berpeluang mempelajari dan membuat aktiviti pembelajaran secara online – Keyboarding Zoo di laman web www.abcya.com dan setiap pelajar perlu membuat latihan secara invidual di komputer sambil dibantu oleh petugas-petugas PEDi. Melalui aktiviti pembelajaran seperti ini, dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk menggunakan papan kekunci dan sesi pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan apabila menggunakan laman web yang interaktif
Seterusnya, petugas PEDi menggunakan aplikasi online - digipuzzle.net sebagai aktiviti kedua dimana pelajar diminta untuk berkumpul dihadapan skrin utama untuk aktiviti mengira (operasi tambah dan tolak) secara berkumpulan. Seterusnya sesi diakhiri dengan aktiviti tambahan – tayangan video senaman dan semua pelajar diminta bersama-sama untuk melakukan senaman ini bersama petugas PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: