Latihan Pemantapan STEM - DIY Paper Aeroplane
25 September 2023 | Aktiviti TerkiniPada 24 Sept 2023 (Ahad) - PEDi Presint 9 Fasa 10 telah meneruskan sesi pembelajaran pada minggu ini melibatkan peryertaan daripada 10 orang peserta lelaki. Latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10
Pada permulaan sesi, petugas mengadakan aktiviti pembelajaran uji minda dimana peserta diminta untuk menjawab kuiz online – kahoot. Topik pada sesi kali ini adalah pendidikan islam. Peserta perlu memilih jawapan yang tepat di komputer masing-masing manakala soalan akan dipaparkan di skrin utama. Peserta yang menjawab soalan dengan tepat menerima markah dan jumlah markah akan dipaparkan sebaik peserta menjawab kesemua soalan
Bagi aktiviti kedua, petugas mengadakan aktiviti STEM dimana peserta perlu menghasilkan kapal terbang kertas menggunakan bahan seperti kertas berwarna, straw, gunting dan gam. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta. Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kerja serta demonstrasi hasil ciptaan dihadapan petugas dan rakan yang lain. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan melatih mereka untuk lebih yakin berhadapan di khalayak ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: