Modul 1 - Resume dan Poster
28 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2023 (Jumaat) – PEDi Putrajaya telah menjalankan modul pertama bersama Pelajar Giat Mara Putrajaya sesi 1/2023 dimana peserta mempelajari cara membuat resume dan poster produk menggunakan applikasi Canva. Program diadakan selama 3 jam bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 bertempat di PEDi Presint 9 Fasa 10 yang dihadiri oleh 20 orang pelajar.
Pada sesi pertama, peserta mempelajari cara-cara membuat resume dan bagi sesi kedua, peserta mempelajari cara membuat poster produk perniagaan pilihan mereka. Seterusnya, aktiviti tugasan, dimana setiap pelajar diminta untuk menyiapkan resume dan poster produk dalam masa 1 jam dan mereka perlu menghantar tugasan tersebut melalui emel. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan poster tercantik.
Melalui aktiviti ini :
- Peserta berpeluang mempelajari cara menghasilkan resume terkini dengan mudah dan cepat dengan menggunakan applikasi canva.
- Peserta juga dapat menghasilkan poster produk perniagaan mereka dengan lebih menarik dan interaktif.
- Menambah pengetahuan dan kemahiran pelajar sebagai salah satu persediaan untuk mencari pekerjaan dan membuka perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: