Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS – Siri 9
30 September 2023 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2023 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital Presint 9 Fasa 3 dan Pusat Ekonomi Digital Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS bagi sesi ke 9. Pada sesi kali ini, seramai 34 orang pelajar Tabika Kemas Kaktus 1,2 dan 4 telah menghadiri kelas ini melibatkan 18 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan. Kelas ini telah diadakan bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi
Pada permulaan kelas Petugas PEDi, Puan Sarah menerangkan fungsi dan kegunaan setiap bahagian komponen komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci. Pada sesi kali ini juga, peserta berpeluang belajar sambil bermain di komputer - Number Bubble di laman web www.abcya.com dan bagi aktiviti seterusnya pelajar diminta untuk kumpul di skrin utama bagi latihan pembelajaran - Number Rows dan Matth Man Jr.
Pada sesi kedua, diadakan aktiviti STEM yang disertai oleh pelajar KEMAS Kaktus 3 seramai 16 orang terdiri daripada 5 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan. Aktiviti bermula pada jam 11.00 pagi dan diakhiri pada jam 12.00 tengahari. Pelajar diminta untuk menghasilkan barangan hiasan menggunakan pinggan kertas, gambar, gunting dan gam. Petugas PEDi memberi tunjuk ajar langkah-langkah menghasilkannya dan pelajar diberi masa secukupnya untuk menyiapkan projek STEM tersebut secara individual. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman A Ram Sam Sam dan Senaman Permata MAIWP, dimana pelajar diminta untuk melakukan senaman bersama petugas PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: