Latihan Pemantapan ICT – Daily Planner
2 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 01 April 2023 (Sabtu) – telah berlangsung kelas latihan ICT untuk ahli PEDi Presint 9 Fasa 10 dan telah dihadiri oleh 8 orang peserta lelaki. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Pada sesi kali ini peserta mempelajari cara untuk menggunakan canva sebagai medium untuk menghasillkan daily planner.
Pada permulaan sesi, petugas meminta setiap peserta untuk membuka akaun canva untuk memudahkan urusan pembelajaran, seterusnya memberi penerangan cara menghasilkan design planner seperti memasukkan text, corak dll. Peserta diberi masa untuk merancang jadual harian mereka dan melengkapkan tugasan sebelum diberi penilaian oleh petugas. Sebagai aktiviti tambahan petugas menyediakan latihan uji minda menggunakan applikasi Blooket. Melalui latihan seperti ini, peserta dapat mempelajari kemahiran baru dan menambah pengetahuan melalui penggunaan applikasi online seperti Canva dan Blooket.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: