Latihan Pemantapan STEM - Tangan Robotik
19 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2023 (Ahad) – PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas dimana peserta melakukan aktiviti STEM yang mudah dan menarik. STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Kelas ini telah dihadiri oleh 13 orang peserta lelaki dan dibantu oleh Petugas PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 18. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10.
Petugas memulakan kelas dengan tayangan video Klik Dengan Bijak – Yellow Heart : Siber Hendap dan Siber Buli. Petugas menerangkan kandungan video dan meminta peserta memberikan pendapat serta pandangan mereka mengenai isu ini. Melalui aktiviti seperti ini, dapat memberikan pendedahan secara langsung, mendidik peserta untuk lebih berhati-hati apabila berkongsi maklumat dan bijak menggunakan internet untuk tujuan yang baik
Sesi seterusnya, peserta melakukan aktiviti STEM – Tangan Robotik. Melalui aktiviti STEM dapat membantu pelajar untuk meneroka, menyelesaikan masalah, mereka bentuk dan menghasilkan produk. Pada sesi kali ini peserta mempelajari dan perlu menghasilkan tangan robotik menggunakan 4 jenis bahan seperti straw, benang, kertas warna dan gam sellotape. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan dan pada akhir sesi setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kerja mereka dimana mereka menerangkan nama kumpulan, ahli kumpulan, nama tangan robotik dan membuat demo pergerakan tangan robotik mereka. Kumpulan yang berjaya mendapat markah tertinggi menerima hadiah istimewa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: