TLC: Kad Kreatif 'Pop Up' Berpandukan Youtube (Siri I)
8 April 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang (TLC) sepanjang tahun 2015. Program ICT telah menjadi salah satu subjek di dalam P&P tadika. Program ini telah berlangsung pada 07 April 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang murid- murid yang berusia 6 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Pengurus PI. Tujuan kelas ini adalah untuk melatih murid- murid untuk berfikiran lebih kreatif berpandukan sumber yang terdapat di Internet. Kelas ini dijalankan dengan cara yang lebih kreatif di mana murid- murid dibenarkan menonton video yang terdapat di dalam Youtube terlebih dahulu. Setiap murid diberikan sehelai kertas berwarna, gam, pelekat dan gambar belon yang telah siap di gunting. Murid- murid dikehendaki mengikut setiap langkah yang ditunjukkan untuk menghasilkan kad yang kreatif dan cantik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: