TLC: Penggunaan Papan Kekunci
25 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang (TLC) sepanjang tahun 2015. Program ICT telah menjadi salah satu subjek di dalam P&P tadika. Program ini telah berlangsung pada 24 Mac 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang murid- murid yang berusia 6 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Pengurus PI. Kelas ini dijalankan dengan tujuan untuk mendidik murid- murid cilik tentang cara penggunaan papan kekunci serta cara untuk menaip. Murid- murid mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam Microsoft Word 2013 dengan hanya menaip abjad dan nombor.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: