Program ICT – Pengenalan Microsoft Office 2013 & KDB
7 Disember 2014 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 9 Fasa 10 telah menganjurkan program ICT bersama pelajar-pelajar tanpa mengira had umur dalam menggunakan aplikasi yang mempunyai teknologi computer. Kelas ICT telah diadakan bermula dari 4 Disember hingga 6 Disember 2014 bermula 10.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia dan telah menarik minat beberapa pelajar di Komuniti setempat mempelajari ilmu pendidikan dalam perkara berkaitan teknologi computer dan alammaya. Antaranya ialah memberi panduan untuk pelajar menggunakan kemudahan dan aplikasi yang terdapat dalam program Microsoft Office 2013, Photoscape, ujian trengkas online, ‘like’ facebook page, origami berpandukan youtube, lukisan berpandukan google image serta video animasi untuk mereka menggunakan dalam pembelajaran mereka di sekolah nanti. Disamping itu, pelajar-pelajar diterapkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) bagi memastikan mereka lebih berhati-hati ketika menggunakan talian di alammaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: