dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pelancaran E-Kelas

30 November 2016| Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2016 yang lalu telah diadakan pelancaran program E-Kelas iaitu kelas tuisyen secara atas talian. Pelancaran ini adalah untuk memperkenalkan program tuisyen atas talian yang disediakan oleh pihak Maxis. Program E-Kelas adalah percuma dan disediakan bagi pelajar-pelajar tingkatan 1-3 bagi menaiktaraf pembelajaran mereka di sekolah. Program ini berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 4 petang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 9 Fasa 10 bersamaan dengan pelancaran E-Kelas yang turut diadakan di Menara Maxis, Kuala Lumpur.

Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan

Program ini disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 9 Fasa 10 adalah untuk memberi pendedahan tentang ilmu-ilmu berkaitan internet, literasi digital (KDB & e-Waste) serta kemahiran komunikasi disamping memperkenalkan kelebihan E-Kelas. Pendaftaran pelajar baru juga turut diadakan bagi program E-Kelas. Program yang dianjurkan adalah percuma disamping peserta-peserta program boleh mendapat ilmu yang berguna untuk aktiviti di sekolah mereka nanti. Peserta-peserta juga seronok dalam sesi pembelajaran tersebut kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya serta dapat berkongsi pengalaman di antara mereka.

Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan

  • Sesi pembelajaran amat menyeronokkan kerana peserta-peserta boleh terus berinteraksi secara streaming dengan tenaga pengajar dan boleh melihat aktiviti yang diadakan secara langsung.
  • Peserta-peserta dapat berpeluang menimba ilmu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.