dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Permainan Online Untuk Kanak-Kanak Tadika Lagenda Cemerlang

9 Mei 2016| Aktiviti Terkini

Hasil usahasama antara pemilik Tadika Lagenda Cemerlang dengan Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 9 Fasa 10 telah memberi pendedahan kepada kanak-kanak mencuba permainan menguji minda secara online. Kelas ICT untuk kanak-kanak tadika ini telah dihadiri oleh kanak-kanak seawall usia 4 tahun hinggalah 6 tahun. Kanak-kanak tadika tersebut amat teruja mencuba permainan secara online dari website permainan online untuk kanak-kanak.

Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan:
-Program ini disediakan untuk memberi pendedahan ICT kepada kanak-kanak tadika 4-6 tahun secara percuma.
-Memberi kelebihan kepada pela serta kanak-kanak tadika yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan ICT secara percuma.
-Kanak-kanak tadika boleh belajar tentang berbagai-bagai perkara melalui teknologi maklumat terkini di internet.
-Kanak-kanak tadika juga seronok dalam sesi pembelajaran tersebut kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya serta sering berinteraksi dengan guru secara langsung.

Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Sesi pembelajaran amat menyeronokkan kerana kanak-kanak boleh terus berinteraksi dengan tenaga pengajar yang terdiri dari petugas Pusat Internet 1 Malaysia.
- Kanak-kanak tadika berpeluang menimba ilmu.
- Kanak-kanak tadika dapat mengajukan soalan dan pertanyaan kepada guru secara langsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.