Webinar Tiktok Masterclass oleh Cca
29 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 28 Disember 2023, Khamis, Peragold Technologies Sdn Bhd, Rakan Teknologi CelcomDigi bagi pelaksanaan dan urus tadbir 67 Pusat Ekonomi Digital di bawah kelolaan MCMC telah mengadakan webinar percuma tiktok masterclass oleh Content Coach Academy (CCA) yang bertajuk Branding for Business on Tiktok. Masterclass ini diadakan adalah bertujuan bagi menyokong hasrat pemerkasaan usahawan melalui aplikasi TikTok. Penerangan telah disampaikan oleh Coach Samad Azeman selaku Director CCA.
Masterclass ini bermula pada jam 9:30 pagi sehingga jam 11:00 pagi melalui aplikasi zoom meeting seramai 155 peserta yang turut hadir menyertai masterclass ini yang terdiri daripada staff-staff PEDi dan juga usahawan-usahawan PEDi.
Antara Objektif Masterclass ini adalah:
1. Usahawan PEDi dapat mengetahui cara-cara menambahkan followers di tiktok.
2. Membolehkan usahawan menubuhkan branding produk mereka.
3. Mengaplikasikan strategi dalam rangkaian yang bermatlamat sekaligus dapat mencipta content yang menarik bagi mempromosikan produk mereka.
4. Bertukar idea dan informasi bersama peserta untuk kebaikan bersama.
5. Menyampaikan pembentangan yang memberi impak yang tinggi supaya menepati objektif dan membawa hasil kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: