Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan Usahawan Online
Tarikh : Oktober- Disember 2016
Kisah Kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang Individu bernama Samsul Bahar bin Md Yusoff yang merupakan pemilik kepada Dynamic Vision Enterprise. Beliau menjalankan perniagaan memasang/ membaik pulih peralatan- peralatan pejabat, elektrik dan sebagainya. Beliau tidak mempunyai pejabat dan menjadikan PI sebagai ruang untuk memastikan urusan perniagaannya berjalan seperti biasa.
Kini, beliau mahir menggunakan pelbagai kemudahan ICT termasuk emel yang digunakan sebagai medium untuk berurusan dengan kontraktor serta mahir untuk mengisi tender bagi mendapatkan projek lebih besar.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara- cara mengisi borang e-perolehan secara atas talian
- Mempelajari cara- cara menyediakan kertas kerja mengikuti format yang betul
- Menambah baik borang- borang sedia ada seperti sebut harga/ invois
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI menyediakan lebih banyak informasi berkaitan ICT yang boleh diguna pakai untuk perniagaan
- PI membantu memantau penulisan kertas kerja yang akan di hantar ke JKR
Kisah Kejayaan Usahawan Online
Tarikh : Oktober- Disember 2016
Kisah Kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang Individu bernama Sarimah binti Awang yang merupakan pemilik kepada Taska Nurima (Fasa 8 dan Fasa 10), Tadika Lagenda Cemerlang dan spa bergerak. Puan Sarimah tidak pernah mengikuti kelas formal yang dijalankan oleh PI. Sebaliknya, beliau mempuyai kelas peribadi bersama kakitangan PI.
Sebelum terlibat dengan PI, kakitangan Tadika dan Taska mengisi kehadiran anak- anak secara manual. Selain daripada itu, mereka mencari Bahan pembelanjaran berasaskan buku di mana ianya mengambil masa yang sangat lama dan mereka juga meminta bantuan daripada pihak ketiga untuk menulis surat kepada ibu bapa.
Selepas penglibatan PI, mereka mahir untuk:
- Mengisi kehadiran anak- anak di taska dan pelajar tadika di dalam Excel
- Mencari bahan pembelajaran di Google/ Youtube
- ICT sebagai subjek baru di dalam silibus tadika
- Staf mahir menggunakan Microsoft Office di dalam urusan seharian
- Akaun Facebook taska & tadika turut di buka secara berasingan
Apa yang dipelajari melalui PI (Latihan tidak formal)
- Mengisi kehadiran anak- anak di taska dan pelajar tadika di dalam Excel
- Mencari bahan pembelajaran di Google/ Youtube
- ICT sebagai subjek baru di dalam silibus tadika
- Staf mahir menggunakan Microsoft Office di dalam urusan seharian
- Akaun Facebook taska & tadika turut di buka secara berasingan
- Pembayaran bil secara atas talian
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI menyediakan lebih banyak informasi berkaitan ICT yang boleh diguna pakai untuk penambaikan terhadap perniagaan sedia ada
- PI turut memberikan pendedahan awal ICT kepada kanak- kanak tadika (seawal usia 4 tahun)
Kisah Kejayaan ICT
Tarikh : Oktober- Disember 2016
Kisah Kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang pelajar SMK Putrajaya Presint 9 (2), Azra’e bin Hishamuddin yang telah dinobatkan sebagai E-Kelas Star pada tahun 2016. Beliau juga telah dipilih oleh pihak Maxis sebagai pengacara semasa Majlis Pelancaran E-Kelas di Menara Maxis, Kuala Lumpur.
Azra’e tidak menyertai mana- mana tuisyen di luar. Azra’e hanya bergantung pada kelas- kelas yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebelum terlibat dengan PI, Azra’e mengalami gangguan ketika sesi pembelajaran di sekolah. Azra’e sering diusik ketika berada di dalam kelas dan menyebabkan dia kehilangan fokus terhadap apa yang diajar oleh guru. Kelas di sekolah juga hanya menyediakan kemudahan asas seperti di sekolah- sekolah yang lain.
Selepas menyertai E-Kelas sejak Januari 2016, Azra’e menjadi lebih fokus ketika belajar kerana keadaan bilik Latihan PI yang kondusif, dilengkapi dengan peralatan yang canggih serta bilangan pelajar yang tidak ramai. Lebih banyak aktiviti dapat disertai, antaranya ialah program motivasi, program penilaian, lawatan ke tempat - tempat menarik dan sebagainya. Kini Azra’e lebih berani untuk bersuara/ bertanya sekiranya terdapat persoalan
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara- cara mengisi borang secara atas talian
- Mempelajari subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris secara digital dan percuma
- Mengikuti program motivasi, program penilaian, lawatan ke tempat menarik dengan percuma
- Mempelajari kemahiran bercakap di khalayak ramai
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu memudahkan urusan pembelajaran dengan menyediakan kemudahan yang kondusif serta selesa
- PI membantu pelajar sekiranya berhadapan dengan ketidak fahaman di dalam tugasan yang diberikan oleh guru e-kelas
- PI memaklumkan info terkini berkaitan PI kepada ibu bapa pelajar
Muhammad Amirul Idham Bin Ridzuan
Adik Muhammad Amirul Idham bin Ridzuan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) dan merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik. Beliau adalah seorang pelajar yang tekun dan minat dalam mencari pengetahuan dalam bidang ICT. Beliau sering mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pusat internet Presint 9 Fasa 10 Putrajaya bersama rakan -rakan yang lain.
Hasilnya beliau kini semakin mahir menggunakan komputer dan sering mendapat pujian dari rakan-rakan sekelas kerana sering menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang ICT. Beliau mula menyertai kelas ICT kerana menyedari kelemahan dan atas dorongan ibu bapa kerana beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer, dan kini beliau telah mahir dan selesa menggunakan ICT untuk kerja-kerja sekolah yang diarahkan oleh guru-guru nya.
Encik Norazman bin Md Yaakob
Encik Norazman merupakan seorang ketua keluarga yang sering mencari idea bagi menjana pendapatan sampingan untuk keluarganya. Sebelum menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Presint 9 Fasa 10 Putrajaya, beliau kurang pendedahan dalam mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan keusahawanan.
Setelah menjalani beberapa kursus yang disediakan di Pusat Internet, beliau mula mahir menggunakan aplikasi dan ilmu yang dipelajari di Pusat Internet dengan cara lebih berkesan. Beliau sering menggunakan kemudahan-kemudahan internet dan ilmu keusahawanan yang diperolehi bagi memajukan perniagaannya. Antara perniagaannya ialah menjual simkad telefon mudah alih, top-up prabayar dan juga pewangi badan secara atas talian menggunakan nama Namybiz’s Store di facebook dan laman website.
Adik Raihan Damia binti Saiful Zakri
Beliau merupakan ahli Pusat Internet yang aktif menghadiri kelas ICT dan sentiasa menunjukkan prestasi yang baik dan meningkat dari masa ke semasa. Adik Raihan Damia merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) dan merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik. Beliau adalah seorang pelajar yang tekun dan rajin menghadiri kelas ICT dan program yang diadakan di Pusat Internet Presint 9 Fasa 10, Putrajaya.
Pada permulaan beliau hadir ke kelas latihan, beliau merupakan pelajar yang baru mengenali dan tidak tahu menggunakan komputer dan memerlukan bantuan abangnya semasa menggunakan komputer. Tetapi setelah beberapa kali menghadiri kelas ICT, kini beliau lebih yakin menggunakan komputer dan aplikasi yang boleh digunakan melalui kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.
Puan Siti Kasmarwati binti Mansor
Puan Siti Kasmarwati adalah seorang suri rumah yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan menjual stoking muslimah secara borong dan runcit secara atas talian tapi sering menghadapi masalah untuk memasarkan produk yang dijual.
Tetapi setelah mengetahui tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Presint 9 Fasa 10, beliau telah banyak mempelajari tentang cara-cara untuk membuat pemasaran secara lebih berkesan disamping dapat mengenali rakan-rakan niaga yang lain. Beliau sering menggunakan kemudahan-kemudahan internet dan ilmu keusahawanan yang diperolehi bagi memajukan perniagaannya iaitu Gobok Cik Siti Shop.
Celik ICT – Maizura Binti Amry Esmadey (13 Tahun)
Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) dan kini belajar di Tingkatan 1 Wira. Beliau merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik. Ibu dan bapa beliau merupakan penjawat awam yang bekerja di Putrajaya. Beliau tidak pernah menghadiri kelas ICT dan walaupun baru menyertainya beliau seorang pelajar yang cepat menguasai sesuatu topik. Hasilnya sejak mengikuti kelas ICT yang diadakan oleh pusat internet beliau semakin menunjukkan kemajuan dan mampu bersaing dengan rakan yang lain.
Apa yang dipelajari melalui pusat internet :
- Penggunaan Microsoft Office (Mircosoft Word, Excel, Power Point)
- Applikasi Goggle Apps (Google Translate, Google Maps dll)
- Applikasi untuk meningkat kreativiti pelajar seperti Tshirt Design Lab,Comix Online
- Latihan pembelajaran mengikut subjek : Kahoot
Perniagaan Atas Talian – Nor Aishah Husin
Kisah kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang individu yang bernama Nor Aishah Husin yang menjalankan perniagaan menjual tauhu begedil dan menyediakan pelbagai perisa seperti tauhu begedil udang, tomyam, cheezy mushroom, ayam/daging. Beliau menawarkan perkhidmatan ini untuk majlis seperti potluck, open house dan parti hari jadi. Selepas penguasaan dalam bidang ICT, seiring dengan peredaran terkini beliau berjaya menghasilkan gambar yang menarik dan sering mendapat like dan pujian dari rakan- rakan di facebook. Beliau berpendapat penghasilan gambar yang menarik, kreatif sangat membantu melariskan jualan dan dapat menarik minat pelanggan untuk merasai produk makanan beliau
Perniagaan Atas Talian – Nur Syazwani
Kisah kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang individu yang bernama Nur Syazwani, dimana beliau merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menyediakan makanan seperti tauhu bergedil, laksa, ayam goreng, bihun, nasi goreng dan melakukan penghantaran secara COD kepada pelanggan sekitar Putrajaya. Beliau menjalankan perniagaan seperti ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan kerana bijak menggunakan peluang yang ada dan kerana minat dalam bidang masakan. Beliau menggunakan Facebook sebagai medium untuk memperluaskan perniagaan dan mencari pelanggan dan selepas penggunaan ICT beliau semakin mahir berkongsi maklumat mengenai perniagaan dan mempromosi bahan jualan menggunakan kasypen yang menarik
Celik ICT – Sufya Alwida Binti Mohd Nizam (8 Tahun)
Adik Sufya Alwida merupakan pelajar Sekolah Rendah Putrajaya Presint 8 (2) dan kini berada di Tahun 2 Margita. Beliau merupakan anak ketiga dari empat orang adik beradik dan bapa beliau merupakan seorang programmer manakala ibunya bekerja sebagai kerani di Pejabat Bomba Cawangan Putrajaya. Adik Sufya Alwida adalah seorang pelajar yang rajin menyertai kelas ICT dan hasilnya beliau dapat menaip dengan lebih baik dan pantas. Beliau juga tidak lagi memerlukan bantuan dari petugas untuk menggunakan applikasi pembelajaran seperti digipuzzle.net
Apa yang dipelajari melalui pusat internet :
- Latihan epembelajaran menggunakan applikasi online seperti digipuzzle.net
- Latihan menaip menggunakan applikasi rapid typing
- Latihan mengenali dan menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Power Point
Celik ICT – Muhammad Ashwad Bin Mohd Asri (10 Tahun)
Adik Ashwad merupakan seorang pelajar Tahun 2 dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2). Beliau adalah seorang ahli pusat internet yang aktif menyertai kelas ICT yang diadakan pada setiap minggu dan semakin menunjukkan prestasi yang baik dalam setiap tugasan yang diberikan. Sebelum menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh pusat internet beliau kurang pendedahan kepada applikasi yang membantu meningkatakan kemahiran komputer dan latihan pembelajaran. Kini beliau semakin mahir menguasai sesuatu applikasi hasil daripada latihan yang berterusan dan bijak menggunakannya tanpa bantuan petugas
Apa yang dipelajari melalui pusat internet:
- Microsoft Office (Mirosoft Word, Microsoft Power Point),
- Platform Kuiz Online (Kahoot, Quizizz)
- Multimedia (Comic Strips, Video Animasi, Editting gambar )
Perniagaan Atas Talian – Hidayah Adawiyah
Kisah kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang individu yang bernama Hidayah Adawiyah. Beliau merupakan seorang agent dan menjalankan perniagaan menjual BBQ Magic kambing perap keluaran Mat Asab Bakery. Beliau menjalankan perniagaan menjual kambing perap dan aktif menjalankan perniagaan ini dan melakukan penghantaran sekitar Putrajaya.
Selepas penguasaan dalam bidang ICT, Beliau semakin rancak membuat hebahan jualan semakin meluas dimana berkongsi barangan di dalam pelbagai group perniagaan yang dimana boleh menarik lebih ramai pelanggan. Hasilnya produk semakin dikenali dan mendapat permintaan yang tinggi.
Celik ICT – Nur Nadirah Binti Mohd Nizam (11 Tahun)
Beliau merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) dan tinggal berhampiran pusat internet. Merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Adik Nadirah merupakan seorang ahli pusat internet yang aktif mengikuti kelas ICT dan kini semakin menguasai asas computer, mahir melayari internet serta menggunakan applikasi epembelajaran setelah mengikuti kelas ICT pada setiap minggu.
Apa yang dipelajari melalui pusat internet:
- Micorosoft Office (Word, Power Point) untuk membuat aktiviti menaip dll
- ePembelajaran seperti kahoot, digipuzzle net, typing fast dll
- Melayari youtube untuk mencari video kegemaran
Perniagaan Atas Talian – Siti Nor Aisyah
Kisah kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang individu yang bernama Siti Nor Aisyah Beliau menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis makanan yang dihasilkan sendiri seperti mixed cheesetart, kek batik, cookies, brownies dan juga menyediakan kelas bakeri untuk pelanggan yang berminat untuk mempelajarinya. Hebahan maklumat yang dilakukan di media sosial seperti facebook dan instagram banyak membuka mata pelanggan dan kini hasilnya beliau sering mendapat tempahan dari luar putrajaya dan dapat mengadakan kelas bakeri dengan lebih kerap
Celik ICT – Ally Imran Bin Affindi (15 Tahun)
Beliau merupakan seorang pelajar SMK Putrajaya Presint 9 (2) dan merupakan pelajar yang aktif dalam program sekolah. Beliau sering menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk membuat tugasan dan merupakan seorang ahli pusat internet yang peramah dan sering memberikan bantuan kepada rakan-rakan. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif mengikuti kelas tambahan eKelas Maxis dan menggunakan portal untuk membuat ulangkaji pembelajaran. Beliau menggunakan peluang yang disediakan dan sering mengajak rakan yang lain untuk menyertai kelas tersebut
Apa yang dipelajari melalui pusat internet:
- Menyertai kelas tuisyen ekelas Maxis yang diadakan pada setiap minggu dan menggunakan portal ekelas untuk mendapatkan nota dan video pembelajaran
- Aktif menyertai aktiviti seperti Hari Terbuka Pusat Internet dan kuiz/pertandingan yang dianjurkan oleh pusat internet
Celik ICT – Khalis Bin Zakwan (12 Tahun)
Adik Khalis merupakan seorang pelajar Tahun 6 dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2). Beliau sering mengikuti kelas ICT bersama rakan dan sentiasa menunjukkan minat untuk mempelajari sesuatu yang baru. Adik Khalis juga merupakan seorang ahli pusat internet yang aktif mengikuti kelas ICT dan hasilnya beliau menunjukkan peningkatan dalam penggunaan komputer, applikasi pembelajaran online, kuiz online dan hasil dari mengikuti kelas ICT, kini beliau dapat membantu rakan yang lain
Apa yang dipelajari melalui pusat internet:
- Mirosoft Word – Mereka poster, membuat karangan, ,membina jadual dll
- Applikasi Online - Kahoot, Quizizz untuk mengulangkaji/kuiz online
- Multimedia – Mencipta Komik, Video Animasi menggunakan biteable
Perniagaan Atas Talian – Hadijah Binti Hashim
Kisah kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang individu yang bernama Hadijah Binti Hashim. Beliau merupakan seorang pembuat roti dan kek marble secara sambilan dan kini aktif menjual pelbagai jenis roti dan kek marble mengikut permintaan pelanggan . Selepas penguasaan dalam bidang ICT, beliau memperolehi pelbagai maklumat hasil pencarian di internet. Beliau juga mempelajari ilmu pemasaran melalui perkongsian artikel keusahawan, tips dalam perniagaan online dan sebagainya. Bagi beliau penggunaan applikasi dan penggunaan media sosial terkini sangat penting dalam menyampaikan maklumat perniagaan, produk dan untuk menarik perhatian pelanggan.
Perniagaan Atas Talian – Nur Fatihah
Kisah kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang individu yang bernama Nur Fatihah. Beliau menjalankan perniagaan secara atas talian dengan menjual produk makanan seperti nasi kerabu, kerepok lekor dan kerepek pisang untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mengemari hasil tangan beliau. Beliau mempelajari cara penyampaian maklumat/produk di media sosial secara positif dan selamat dan selalu mencari tips untuk merangsang jualan secara atas talian. Bagi beliau, penguasaan dalam ICT dapat membantu pergerakan bisnes menjadi lebih mudah dan pelanggan dapat berinteraksi terus dengan penjual dimana urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.
Perniagaan Atas Talian – Zainun binti Seman
Kisah kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang individu yang bernama Zainun binti Seman. Beliau merupakan seorang agen barangan kesihatan/keperluan iaitu serbuk koko minda int3tree dan juga pewangi yang dibuat dari kayu gaharu. Beliau menjalankan perniagaan menjual produk tersebut kerana berminat dalam perniagaan online. Belaiu melakukan penghantaran COD sekitar Putrajaya dan bagi pelanggan dari luar putrajaya beliau menggunakan khidmat kurier seperti pos laju dan J&T. Bagi beliau penjualan atas talian semakin mendapat tempat kerana urusan jual beli berlaku dengan mudah dan setiap usahawan perlu menguasai bidang ini