Latihan Pemantapan ICT - Kad Digital
12 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mei 2024 (Sabtu) – NADI Presint 9 Fasa 10 telah meneruskan kelas Latihan Pemantapan ICT yang telah disertai oleh 3 orang pelajar lelaki. Sesi pembelajaran berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Pada sesi kali ini, pelajar yang hadir mempelajari cara mereka cipta kad menggunakan applikasi Canva. Applikasi ini adalah satu laman web reka bentuk grafik yang percuma dan mudah digunakan. Pelajar boleh memilih template yang disediakan atau mereka sendiri mengikut kesuaian dan diberikan masa untuk menghasilkan kad ucapan digital sempena hari ibu secara individual. Pelajar boleh memilih jenis (text, warna, saiz), membina ayat yang bersesuaian, memuatkan naik gambar dan menggunakan animate untuk menjadikan kad mereka menarik dan interaktif. Melalui kelas seperti ini dapat menambah pengetahuan dan mengasah kemahiran dalam diri pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: